BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Saturday, 28 January 2012

Program Smart Solat Tingkatan 1

Program Smart Solat Pelajar Tingkatan 1 2012




Selasa- 10 Januari 2012, BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan program Smart Solat bagi pelajar-pelajar tingkatan 1. Program ini bertujuan untuk melatih dan mengukuh ibadah solat serta memastikan ibadah solat yang dilakukan adalah dengan keadaan yang baik dan betul.  Program ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. AJK BADAR tingkatan 4 telah terlibat dalam mengendalikan program tersebut.

Dalam program Smart Solat, pelajar tingkatan 1 telah diajar bagaimana untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat dengan betul & sempurna. Dalam sepotong hadis telah menyatakan bahawa


 “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim)

Pelajar tingkatan 1 diajar untuk mengambil wudhuk dengan sempurna


Di Samping itu, pelajar-pelajar tingkatan 1 juga telah diajar cara solat secara 'Smart' dan betul dari segi fe'li & qauli. Pelajar tingkatan 1 juga telah ditasmi' bacaan-bacaan dalam solat seperti doa qunut dan bacaan tahiyat akhir.

AJK BADAR menunjukkan bagaiman untuk berdiri betul dan merapatkan saf
Sesi tasmi' bersama AJK BADAR


Semoga dengan adanya program Smart Solat yang telah dianjurkan oleh BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak dapat membina thinking capability (quwwatul tafkir) minda pelajar tingkatan 1 yang hebat.




Selamat Datang Putera-Putera Tingkatan 1 2012

'Selamat Datang Ke Sekolah Dato' Abdul Razak'

04 Januari 2012 - Hari ini warga SDAR menerima ahli keluarga baharu apabila pelajar-pelajar Tingkatan 1 mendaftar pagi tadi. Ada ahli keluarga yang hadir seawal jam 7:00 pagi sedangkan kaunter pendaftaran kehadiran hanya mula dibuka pada jam 8:30 pagi. Senarai nama pelajar baharu yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (SPSBPSK) adalah seramai 150 orang. Namun begitu bilangan pelajar yang mendaftar pada hari ini adalah seramai 125 orang. 

Salah seorang pelajar bersama penjaga baru tiba di sekolah.



Seterusnya, pendaftaran pelajar tingkatan 1 bermula. Kaunter dibuka sebanyak 5 bahagian bagi memastikan program pada hari ini berjalan lancar. Menjelang jam 2:00 petang, urusan pendaftaran dapat diselesaikan. Dan malamnya, bermula la Program Adaptasi Pelajar Tingkatan 1 sesi 2012.




Semoga dengan berjayanya kemasukan tingkatan 1 bagi sesi 2012, maka akan terbinalah sebuah generasi yang Islamik bagi mengekalkan iklim dini di SDAR pada masa akan datang.

Salah seorang penjaga sedang memilih baju yang sesuai.

Ibu Bapa dan Penjaga khusyuk mendengar taklimat di Dewan.

Program Bicara Belia di Pusat Dakwah Paroi

'Cinta Tulus Jiwa Kudus'

Khamis – 26 Januari 2012, pihak Badar SDAR telah menyertai program Bicara Belia anjuran Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Program Bicara Belia telah disertai oleh para peserta dari kalangan warga pelajar sekolah , politeknik, kolej-kolej matrikulasi dan IPT tempatan.
Sambutan hangat di dalam program kali ini kerana menampilkan ikonis belia muslim iaitu Imam Hassan ( Imam Muda Astro Oasis). Turut menjadi panel semasa program ini ialah Ketua Unit Kaunseling MAINS En. Norazman.
Program Bicara Belia membicarakan isu-isu berkaitan dengan remaja, cabaran-cabaran sebagai remaja dan bagaimana menjadi remaja yang hebat.
Salah seorang AJK BADAR yang hadir ke program tersebut.

Saturday, 7 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Dengan ini pihak BADAR SDAR 2012 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua umat islam. Semoga tahun 2012 dapat memberi semangat dan azam kepada semua umat Islam terumatanya kepada AJK BADAR bagu sesi 2012.

Saturday, 26 November 2011

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1433 H.


Jadikan tahun baru ini sebagai momentum kita untuk menjadi lebih baik dari pelbagai aspek, fikrah mahupun aqidah. 

Friday, 25 November 2011

MAJAKAT (Majlis Jamuan Akhir Tahun) BADAR 2011





MAJAKAT (Majlis Jamuan Akhir Tahun) BADAR 2011 merupakan majlis jamuan akhir tahun bagi semua AJK BADAR 2011 dan Guru Penasihat BADAR. Jamuan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 November 2011 bertempat di Lobby Dewan Tun Abdul Razak Seremban.

Suasana MAJAKAT BADAR sebelum tetamu sampai

Pentas yang menarik.
MAJAKAT BADAR dihadiri oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tn. Hj. Zakaria B. Md. Zin, Guru-guru penolong kanan, Guru-guru ketua bidang, Guru Penasihat BADAR & SEMUA AJK BADAR 2011-2012. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk 


    1.1              Sebagai tanda ucapan terima kasih dan menghargai jasa guru-guru BADAR.
          1.2              Mengeratkan lagi hubungan antara AJK BADAR dengan semua guru BADAR.
          1.3              Membuat pembaharuan dalam organisasi BADAR untuk mengadakan majlis makan malam 
                      pada setiap tahun.
Agenda dimulakan bacaan doa oleh Saudara Irfan B Ruzlan dan majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Guru Penasihat Badar 2012, Ust. Tajul Azhar B. Harun. Kemudian, Majlis Diteruskan dengan Ucapan Tn. Hj. Zakaria B. Md Zin dan Jamuan bermula.

Pengetua Cemerlang memberi ucapan.
Guru Penasihat Badar & Guru K. Bidang menjamu 'western food'. 
V.I.P. menjamu selera.

Sebelum majlis bersurai, penyampaian penghargaan kepada AJK BADAR tingkatan 5 2011 turut berlangsung sebagai kenang-kenangan daripada organisasi BADAR itu sendiri.

Salah Seorang AJK BADAR tingkatan 5 2011
Majlis Bersurai jam 10:00 malam dan dicepatkan kerana esoknya akan bermula peperiksaan SPM bagi pelajar tingakatan 5. Semoga dengan adanya majlis ini, ukhuwwah antara semua AJK BADAR dan Guru-guru BADAR dapat dieratkan lagi. 

Thursday, 24 November 2011

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum.

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamuailkum..
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana laman blog BADARSDAR berjaya disiapkan untuk tatapan umum pembaca sekalian. Ini adalah merupakan satu wadah ataupun marhalah Badan Agama sekolah kami untuk melebarkan caruman dakwah serta berkongsi idea dengan pembaca yang dirahmati Allah sekalian.

BLOG BADAR SDAR

Blog yang direka oleh pihak Badan Agama SDAR ini adalah untuk menyiarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap tahun. Dengan beberapa sisipan gambar aktiviti, artikel serta pemikiran pemimpin BADARSDAR dapat menjadikan blog ini sebagai cara perkongsian ilmu dan pemikiran.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Dato’ Abdul Razak, Tn.Hj. Zakaria B. Md. Zin kerana menyokong pembuatan blog ini serta guru-guru BADAR yang telah sama-sama berusaha untuk menghidupkan kesyumulan Islam di bumi Sekolah Dato. Abdul Razak. Juga kepada penggerak-penggerak BADAR sekalian, dapat menyuntik semangat bersatu padu dalam harakah dan perjuangan mengembalikan benih-benih kemegahan Islam..