Wow!!! Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana
Allah S.W.T. memberi kita peluang dan kesempatan untuk kita mengunjungi akademi
Ramadhan pada tahun ini yang sememangnya merupakan sebuah platform yang amat
sesuai untuk kita beribadah serta meningkatkan keimanan serta ketakwaan diri
kita kepada Allah S.W.T.
Sebenarnya , Bulan Ramadhan ini merupakan satu bulan yang sangat indah
dan berlainan berbanding bulan-bulan yang lain .Ayuh sama - sama kita lihat
sebuah analogi yang menggambarkan betapa hebatnya Bulan Ramadhan ini.
Situasi pertama
Seorang nelayan sedang berhempas pulas menangkap ikan ditengah laut. Dia
harus menggunakan segala kekuatan yang dimilikinya untuk mendapat ikan dek
kerana pukulan ombak yang membuatkan perahunya terhuyung hayang .Tambahan pula,
nelayan tersebut harus sentiasa berwaspada akan keselamatan dirinya kerana
terdapat lanun-lanun yang mungkin akan mengganggu dirinya.
Situasi kedua
Seorang nelayan sedang menangkap ikan di tengah kolam yang tenang dan
landai serta sarat dengan ikan . Dengan mudahnya dia menebarkan jalanya dan
berpuluh-puluh ikan berjaya ditangkapnya .Hanya ombak-ombak kecil dek tiupan
angin sahaja yang menggangu sedikit kerjanya.
Situasi di atas jelas menggambarkan betapa bezanya bulan Ramadhan dengan
bulan-bulan yang lain .
1 Pukulan ombak itu
menggambarkan nafsu dalam diri kita. Di dalam diri setiap insan terdapat nafsu
yang mendorong kita untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik .Nafsu ini
tidaklah hilang sepenuhnya di dalam bulan Ramadhan ,tetapi ia dapat dijinakkan
dengan amalan puasa yang menjadi kewajipan setiap umat Islam pada bulan
Ramadhan.
2) Lanun itu pula menggambarkan
syaitan yang diikat apabila tibanya bulan Ramadhan.
"Apabila
tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka
dan syaitan-syaitan akan dirantai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Oleh
itu, tersangkallah alasan-alasan manja yang selalu kita ajukan untuk tidak
beribadah. Nafsu dah kurang, syaitan dah kena rantai. Apa lagi yang kita
mahukan ?? Sudah cukup banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah berikan
kepada kita dalam bulan Ramadhan. Jadi ,marilah kita sama - sama memanfaatkan
dan dan meraikan kehadiran bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan-amalan
sunat dan memperbaik amalan-amalan fardhu .
Akhirul
kalam ,wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.