BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

MISI 'SATU IMAM SATU TAKBIR & SATU SALAM'

MISI '1 IMAM, 1 TAKBIR & 1 SALAM'
7 Mac 2013- Misi '1 Imam, 1 Takbir & 1 Salam' merupakan cetusan idea Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak yang telah dikemukan pada tahun 2011. Pada tahun ini, sekali lagi Badan Agama Dakwah, Akhlak & Rohani Sekolah Dato' Abdul Razak ingin mencuba buat kali kedua, bagi menjayakan misi beliau. Misi ini merupakan satu misi dimana, Solat Fardhu Subuh & Maghrib akan dilakukan secara berjemaah oleh semua pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak, dimulakan dengan 1 Takbir & diakhiri dengan 1 Salam. Misi ini berobjektif untuk mendidikan pelajar-pelajar untuk solat fardhu secara berjemaah di Masjid Al-Quds, Sekolah Dato' Abdul Razak. Misi ini juga berfokuskan pada satu hari iaitu pada Hari Isnin bagi solat Subuh & Hari Khamis bagi solat Maghrib.


Antara Kelebihan-kelebihan solat berjemaah ialah:


Kredit: http://helwani.ppiuniten.com




Semoga misi ini berjaya dilaksanakan dan diteruskan sehingga generasi yang seterusnya.




Monday, 25 June 2012

Minggu Penghayatan Islam SDAR 2012


                   Minggu Penghayatan Islam Sekolah Dato' Abdul Razak, telah bermula pada hari ini iaitu 25 Jun 2012. Tema bagi minggu ini, "Al-Quran Menjana Transformasi Ummah" telah menjelaskan bahawa aktiviti pada minggu ini akan berteraskan Al-Quran yang akan membantu sebagai rujukan para pelajar. Objektif utama minggu ini diadakan adalah untuk membina bi'ah Islamiah di SDAR dan mengajar pelajar-pelajar SDAR untuk menghayati Islam melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

                   Majlis Perasmian telah diadakan pada pukul 8:00 pagi pada hari ini di dewan Sekolah Dato' Abdul Razak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. hj. Sahak B Ahmadun, Pen. Kanan Sekolah yang telah menggantikan Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir.

                   Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Penghayatan Islam ialah Perang Botol, Pertandingan Khutbah, Pertandingan Video Lakonan, Laluan Al-Quran, Ta'lim Interblock & bermacam-macam lagi. Pertandingan tersebut telah menjanjikan hadiah yang lumayan.

                    Majlis Penutup Minggu Penghayatan Islam akan diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Tun Abdul Razak pada pukul 8:30 malam. Jemputan Khas, Akhdan akan membuat persembahan semasas Minggu Pengahayatan Islam. Semoga  Minggu Penghayatan Islam Sekolah Dato' Abdul Razak dapat dijayakan dengan sempurna. Anda juga dijemput hadir bagi memeriahkan Minggu Penghayatan Islam SDAR 2012!





Saturday, 28 January 2012

Selamat Datang Putera-Putera Tingkatan 1 2012

'Selamat Datang Ke Sekolah Dato' Abdul Razak'

04 Januari 2012 - Hari ini warga SDAR menerima ahli keluarga baharu apabila pelajar-pelajar Tingkatan 1 mendaftar pagi tadi. Ada ahli keluarga yang hadir seawal jam 7:00 pagi sedangkan kaunter pendaftaran kehadiran hanya mula dibuka pada jam 8:30 pagi. Senarai nama pelajar baharu yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (SPSBPSK) adalah seramai 150 orang. Namun begitu bilangan pelajar yang mendaftar pada hari ini adalah seramai 125 orang. 

Salah seorang pelajar bersama penjaga baru tiba di sekolah.



Seterusnya, pendaftaran pelajar tingkatan 1 bermula. Kaunter dibuka sebanyak 5 bahagian bagi memastikan program pada hari ini berjalan lancar. Menjelang jam 2:00 petang, urusan pendaftaran dapat diselesaikan. Dan malamnya, bermula la Program Adaptasi Pelajar Tingkatan 1 sesi 2012.




Semoga dengan berjayanya kemasukan tingkatan 1 bagi sesi 2012, maka akan terbinalah sebuah generasi yang Islamik bagi mengekalkan iklim dini di SDAR pada masa akan datang.

Salah seorang penjaga sedang memilih baju yang sesuai.

Ibu Bapa dan Penjaga khusyuk mendengar taklimat di Dewan.