Isra'
 membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan 
menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di 
Baitul Maqdis
Peristiwa isra' dan mikraj merupakan sebuah peristiwa unik yang mencabar keimanan seseorang khususnya dalam kerja-kerja dakwah mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah. Dalam kitab sirah tulisan Ibnu Hisham mahupun Ibnu Ishak, antara lain kedua-duanya bersetuju bahawa peristiwa israk dan mikraj ini dilatari dan didahului dengan sekurang-kurangnya tiga peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.; iaitu :
- Kematian isteri baginda S.A.W. iaitu Saidatina Khadijah R.A. yang banyak membantu baginda dalam gerak kerja dakwah beliau.
- Selepas itu, baginda kehilangan bapa saudaranya pula, iaitu Abu Talib yang banyak membela kehidupan dunianya. Lebih menyayat hati lagi, bapa saudaranya mati dalam keadaan tidak sempat beriman kepada Allah S.W.T.
- Setelah itu, baginda berhijrah ke Ta'if. Namun, apa yang baginda hadapi disana tidaklah seindah yang diharapkan apabila dakwah baginda bukan sahaja ditolak, bahkan tubuh baginda S.A.W. turut dilukai dan disakiti.
 Peristiwa Isra' dan mikraj berlaku pada tanggal
 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan
 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah.
Anugerah daripada Allah  yang  berupa  pengembaraan  Israk  dan mikraj  ini  bertujuan  antara  lainnya sebagai  pengubat  rohani  dan  emosi serta meringankan bebanan  akibat  tekanan  yang  dihadapi  oleh Baginda s.a.w.   Kalau   di   bumi Baginda   s.a.w dengan   misi   dakwah   menyeru manusia supaya  beriman  kepada    Allah  dan  hari  akhirat  dilayan  dengan penghinaan  dan  cacian,    berlainan  pula  sambutan  yang  diberi  oleh  para rasul  terdahulu  bahkan  para  malaikat  di alam  langit  yang  menyambut kedatangan    Baginda  s.a.w dengan  penuh  mesra,  penuh  penghormatan dan kemuliaan. 
Peristiwa  agong  ini  berlaku  dalam  dua  fasal  pengembaraan,  yang pertama  pengembaraan  dari  Masjid  al-Haram  ke  Masjid al-Aqsa.  Suatu perjalanan  darat  yang  sangat  jauh  jika  diukur  secara  hitungan  jarak perjalanan.  Pengembaraan  yang  melepasi  lembah  dan  gunung  Tursina (senai) tempat berlakunya dialog antara nabi musa as dengan Allah SWT serta  tempat  kelahiran  nabi  Isa  a.s  di Baitulaham.  Manakala  fasa  kedua pula  bermula  dari Masjid al-Aqsa ke  langit  melalui  langit  pertama,  kedua, ketiga   dan   seterusnya   ke   baitul   makmur   tempat para   malaikat   dan berakhir di sidratul muntaha.
 Ketika  di  Baitul  Maqdis  (Masjid  al-Aqsa)  Baginda  s.a.w  disambut oleh  semua  para Rasul  dan  Nabi  yang terdahulu  dimana  Baginda  telah dilantik   untuk   menjadi   imam   solat.   Ini merupakan   suatu   simbolik penyerahan    kuasa    dunia    kepada    kepimpinan    Muhammad    s.a.w, perpindahan risalah dari kaum Bani Israil kepada Bani Ismail atau ummat Muhammad  s.a.w  dan  perpindahan  kiblah  dari  kota  Baitul  Madis  ke Baitullah di Makkah. Kembara   Mikraj   seterusnya   Baginda   dibawa   ke
alam   barzakh dimana   Baginda   dapat   menyaksikan   berbagai   peristiwa   di   padang Mahsyar hingga ke distinasi terakhir manusia iaitu menerima balasan dari Allah  samada      menjadi    ahli  syurga  mahupun  ahli  neraka. 
Tentunya kepayahan  Baginda  s.a.w  untuk  meyakinkan  pengikutnya  tentang  iman kepada Allah dan hari akhirat terubat dengan melihat peristiwa alam ghaib ini.  Perkara    yang  hanya  dapat  didengar  dari  ayat-ayat  Allah  semasa didunia,  tetapi  ia  suatu  yang  nyata  kebenarannya  di  hari  pembalasan. Semuanya di lihat dengan “ainul yaqin” oleh Rasulullah untuk dikhabarkan kepada ummatnya. Kembara   Mikraj   berakhir   dengan   penuh   hikmah   dan   barakah menuju    kesempurnaan    “karamatul    Insaniah” apabila    Allah SWT menganugerahkan  solat  5  waktu  sebagai kurniaan kepada Baginda  s.a.w untuk  disampaikan  kepada  seluruh  ummatnya.
Sesungguhnya  peristiwa  israk  dan  Mikraj  memberitahu  kita  pelbagai bentuk pendidikan dan pengajaran berharga, antaranya;
- Pengakuan beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu dicapai oleh setiap orang hingga ketahap keyakinan yang tinggi dengan merujuk kepada ayat al-Quran dan Hadis yang muktabar. Iman bukan diperolehi dengan angan-angan, bukan suatu ilusi dan khayalan, tetapi kebenaran yang hanya dapat di garap dengan ilmu, amal dan kesabaran.
- Mengajak manusia kejalan Allah seperti yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w dengan penuh kesabaran dan istiqamah mempunyai nilai yang sangat tinggi disisi Allah SWT.
- Solat 5 waktu adalah anugerah dari Allah dan merupakan suatu penghormatan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada umatnya. Menunaikan solat 5 waktu adalah merupakan suatu kejayaan dalam kehidupan didunia dan mendapat ganjaran yang baik dihari akhirat. Pelaksanannya perlu bergantung kepada kekuatan iman dan keyakinan kepada Allah dan Hari pembalasan seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.
 Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal......Wallahu'alam








 
 
 
 
