BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Monday, 4 June 2012

Oh sahabat ,

       Didalam dunia yang kian membangun ,dengan masyarakat yang sibuk dengan kerjaya dan urusan hidup masing-masing, semua manusia memerlukan sahabat .Sahabat inilah yang menjadi tempat seseorang meluahkan isi hatinya ,bertukar-tukar pendapat ,berkongsi senang dan susah serta meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti bersama.Wow ,besarnya peranan seorang sahabat.Sebab itulah Rasulullah S.A.W. menggelarkan saudara-saudara terdekatnya sebagai sahabat ,dan bukan rakan ,teman atau kawan.

            Sudah semestinya setiap insan dimuka bumi Allah ini mempunyai seorang sahabat yang sentiasa dekat dihatinya.
             Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
             Namun begitu ,hal pemilihan sahabat haruslah dititikberatkan.Terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W. yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam memilih sahabat.

             "Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya."
(hadis riwayat al-hakim)

            "Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
           "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

           Oleh itu,bersahabatlah dengan sebaik-baiknya .Sikap toleransi dan saling memahami amat penting dalam menjalani persahabatan yang baik dan diredhai Allah. Penutup bicara,

'APPRECIATE YOUR FRIENDS AS GOOD FRIENDS DON'T COME EVERYDAY'

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualakium warahmatullahiwabarakatuh...=D