BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Tuesday, 12 February 2013

Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Sekolah 2013

Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Sekolah
1 Februari 2013,  Majlis Watikah Pelantikan Organisai Sekolah 2013 telah diadakan di Dewan Tun Razak. Antara organisasi tersebut ialah Badan dakwah dan Rohani ,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),  Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Barisan Kepimpinan Organisasi Sekolah 2013

Tn. Pengetua Cemerlang di dalam ucapan beliau mengharapkan para pelajar yang memimpin organisasi sekolah agar dapat menjalankan amanah kepemimpinan dengan sebaik yang mungkin bagi melestarikan keterbilangan SDAR. Pemimpin berbeza dengan pengurus. Ini kerana pemimpin terlibat dalam proses mempengaruhi dan membuat keputusan keorganisasian. Beliau menggesa para pelajar meningkat kualiti kepemimpinan sebagai pemimpin.

Majlis diakhiri bacaan ikrar watikah pelantikan oleh Sdr. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Akbal, Presiden BADAR Sdar 2013.
Presiden Badar mengetuai bacaan ikrar
 

KEM KEPEMIMPINAN BADAR 2013

Kem Kepemimpinan BADAR 2013
 Dalam keseronokan para pelajar SDAR pulang ke kampung halaman dek cuti Thaipusam, kesemua ahli jawatankuasa BADAR SDAR telah mengenetepikan perasaan, melawan hasrat hati dan mengorbankan cuti seraya mengikuti Kem Kepemimpinan BADAR 2013. Kem ini telah diadakan pada 25-27 Januari 2013 di Kem Nur Bukit Unggul, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Buat pertama kalinya, BADAR SDAR telah berjaya menyatukan tiga buah sekolah untuk turut serta dalam kem pada kali ini.Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Dato' Abdul Razak (penganjur), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah.

Peserta terdiri dari 3 buah sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Sekolah Menengah Agama Perseketuan Labu & SMKA Kuala Pilah
 Tema kem pada kali ini ialah "Kun Sabbaqan" iaitu jadilah orang yang proaktif. Pada malam 25 Januari 2013, kem ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Dato' Abdul Razak, Tuan Hj. Zakaria Bin. Md Zin. Di dalam ucapan perasmian, beliau berharap organisasi BADAR akan terus maju dengan aktiviti-aktiviti kerohanian di Sekolah Dato' Abdul Razak bagi mencapai misi dan hasrat sekolah pada tahun ini. Beliau juga mencabar aktivitis BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak untuk menghidupkan suasana dan biah islamiah di sekolah lebih baik dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. 

Ucapan Perasmian Pengetua Sekolah Dato' Abdul Razak
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem terdiri daripada 80% aktiviti outdoor dan 20% aktiviti indoor. Antaranya ialah flying fox, obstacles, war game dan lain-lain lagi.

Majlis Penutup

Pengisian Rohani

Permainan 'Anak Ayam'

Permainan 'Abang Hafiz Kata'

Aktiviti Flying Fox

Panji-panji setiap kumpulan dikibarkan

Kemudahan & Frasarana yang baik

Senaman Pagi
Keseluruhannya, kem pada kali ini menerima komen-komen yang positif daripada peserta dari ketiga-tiga buah sekolah. Semoga pengajaran yang telah diambil daripada Kem Kepemimpinan ini mampu dibawa ke sekolah masing-masing untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

*Gambar juga boleh dilihat di sini.
*Video Kem Kepemimpinan BADAR boleh dilihat di sini.

Wednesday, 11 July 2012

Nadwah Kepemimpinan Islam SBP Kali -32 2012

Peserta NKI daripada Sekolah Dato' Abdul Razak.

Pada 2 - 5 Julai 2012 Nadwah Kepemimpinan Islam (NKI) SBP ke -32 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari berturu-turut. Program peringkat nasional ini telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (ISKANDAR), Mersing, Johor. Seramai lebih 300 orang peserta berkampung di ISKANDAR bagi menjayakan NKI Ke -32 dibawah tema ‘Akidah Kukuh, Kepemimpinan Teguh’.

Wakil BADAR dari SDAR, MOZAC, SASER & SAMURA.


Sekolah Dato’ Abdul Razak telah menghantar seramai 6 orang peserta iaitu Mohamad Hafiz B Mohamad Akbal, Ahmad Azam b Ayub, Mukhtar b Kamil Puat, Mohamad Nazmi B Mohamad Nasir, Muhammad Irfan B Ruzlan & Muhammad Hafidz B Romli. Ustazah Nor Hafizah Bt Omar juga turut menyertai sebagai fasilitator dan guru pengiring.
Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang NKI ini seperti Tamrin Qiyadi, Rehlah Berfokus, Tazkirah Spontan, Forum Spontan di Masjid-Masjid, Pembentangan LDK & Riadah.
Barisan BADAR SDAR

NKI Ke- 32 telah melabuhkan tirainya, moga NKI ini mampu melahirkan barisan kepemimpinan Islam contoh pada masa akan datang.


Thursday, 7 June 2012

Kem Tunas Muda 2012


KEM TUNAS MUDA 2012: STEP TO ASHABUL KAHFI.
Kem Tunas Muda Sekolah Dato’ Abdul Razak pada tahun 2012 yang bertemakan Step to Ahsabul Kahfi telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sasaran kem ini adalah kepada pelajar tingkatan 1 yang bertujuan menyemai ukhuwwah dalam kalangan pelajar tingkatan 1 dan  mengamalkan islam sebagai satu cara hidup. Antara objektif lainnya adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang perjuangan umat Islam serta menyemai semangat dan azam untuk mempertahankan Islam.

Pengarah Program -Irsyad Harris (Timb. Presiden BADAR 2011)

Kem ini dimulakan dengan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Program iaitu saudara Irsyad Harris. Taklimat yang bermula pada pukul   3:30 petang ini menyediakan para peserta untuk kem ini seperti peraturan-peraturan kem dan sesi Ice breaking yang dikendalikan bersama para fasilitator kepada peserta.
Para peserta kemudian dikehendaki membuat Bendera berdasarkan nama kumpulan masing-masing dan perlu dibentangkan pada malam tersebut.
Peserta dibahagikan Kumpulan.
Pembentangan Bendera Kumpulan : Mus'ab Umair
Malam Tersebut juga diadakan Slot Bersama Presiden BADAR 2011, Ahmad Hafiz B Ahmad Izzudin yang bertajuk '10 Muwossoffat Muslim'


Pada keesokan harinya, peserta Kem Tunas Muda 2012 telah dikejutkan awal pagi bagi menjalani aktiviti War Game. Objektif utama War Game ini adalah untuk membentuk pemikiran yang lebih stratergik dalam melakukan sesuatu perkara dan meningkatkan ketangkasan & kecergasan diri pada bila-bila masa.


Kumpulan ini menyediakan senjata untuk mengalahkan pihak lawan.


Pada pagi tersebut juga diadakan Tikar Ukhuwwah yang dikendalikan oleh Irsyad Harris. Aktiviti ini memupuk semangat ukhuwwah antara ahli kumpulan masing-masing.


Tikar Ukhuwwah. 


Pada Petang tersebut, aktiviti Explorace telah dijalankan dan pada malam tersebut telah diadakan Slot BERARTI bersama Saudara Syaiful Azmi b Kassim.


Peserta bersama Fasilitator.
Pada Keesokan harinya, aktiviti Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Zakaria B Md Zin. Semoga dengan adanya Program KTM 2012 ini, maka para peserta akan bermulanya  'Step To Ashabul Kahfi' agar iman mereka semantap ahli-ahli Ashabul Kahfi. Insyallah.


Galeri Gambar di Link Tersebut.


http://www.facebook.com/media/set/?set=a.379210995457089.90275.100001045757565&type=3
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.379604265417762.90364.100001045757565&type=3
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.379826795395509.90413.100001045757565&type=3



Thursday, 15 March 2012

Presiden Badar Mengetuai Ikrar Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Tertinggi SDAR


Organisasi Tertinggi Sekolah Dato' Abdul Razak

1 Februari 2012,  Majlis Watikah Pelantikan Organisai Sekolah 2010 telah diadakan di Dewan Tun Razak. Antara organisasi tersebut ialah Badan dakwah dan Rohani ,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),  Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Tn. Pengetua Cemerlang di dalam ucapan beliau mengharapkan para pelajar yang memimpin organisasi sekolah agar dapat menjalankan amanah kepemimpinan dengan sebaik yang mungkin bagi melestarikan keterbilangan SDAR. Pemimpin berbeza dengan pengurus . Ini kerana pemimpin terlibat dalam proses mempengaruhi dan membuat keputusan keorganisasian. Beliau menggesa para pelajar meningkat kualiti kepemimpinan sebagai pemimpin.

Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Zakaria B Md Zin
Presiden Badar 2012, saudara Ilyas Afham B Abdul Razak
Majlis diakhiri bacaan ikrar watikah pelantikan oleh Sdr. Ilyas Afham B Abdul Razak Presiden BADAR Sdar 2012.
Kepimpinan itu satu amanah bukan satu kemuliaan…
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan yang kamu pimpin..”
( Hadis)

Presiden Badar Menyerahkan Ikrar Organisasi Tertinggi Sekolah.

Wednesday, 14 March 2012

Semai Mesra BADAR Bersama Pelajar Tingkatan 1 2012

Pelajar Tingkaatan 1, Warisan 12'16

Pihak BADAR SDAR telah menjalankan program Semai Mesra Bersama Pelajar tingkatan 1 sepanjang aktiviti Minggu Adaptasi Tingkatan Satu 2011. Program ini menjurus kepada dua paksi besar iaitu :
  • Mewujudkan nilai taaruf dalam diri para pelajar melalui aktiviti secara kolektif.
  • Memantapkan personaliti sahsiah berpaksikan nilai-nilai hebat bersendikan agama.
Berasaskan kepada dua paksi tersebut, seluruh penggerak Badar menggabungkan tenaga, idea dan kemahiran bagi menjayakan aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan ialah, sesi ta'aruf intergroup, permainan buaya biawak dan cheer Islami.
Cheer Islamik


Pada Akhir Sesi ini, pelajar diberikan motivasi ruhiyah dengan mengingatkan para pelajar tingkatan satu akan peranan mereka menghargai dan membalas jasa ibu dan ayah dengan tekun dan semangat untuk menimba ilmu di kampus SDAR.

Kem Kepimpinan BADAR SDAR 2012

Kem Kepimpinan Badar 2012


D'Agroloka, Jelebu- 3 Februari 2012. Semua AJK BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah berjaya menjalani Kem Kepimpinan BADAR di D'Agroloka, Jelebu, Negeri Sembilan. Program anjuran BADAR SDAR dan KRIM NS yang bertemakan 'Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu' berjaya meningkat mentaliti dan fizikal Semua AJK BADAR sepanjang program ini dijalankan.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang semasa kem ini berjalan, antaranya Senaman Pagi, Forum Perkongsian, Jutawan Kapal Terbang, Water Confidence, Raft Building, River Crossing, 123 Lekuk, Night Walking Dan Malam Kesenian Islam. Aktiviti yang variasi tersebut dapat membina Jasmani dan Rohani dalam diri Semua AJK BADAR.

Para "Engineer" menerangkan kelebihan kapal terbang masing
masing.

Pada 5 Februari 2012, majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tn. Haji Zakaria B Md Zin. Selepas itu, aktiviti memetik buah-buahan di D'Agroloka dilakukan oleh AJK BADAR. Buah seperti pulasan dan kelapa boleh dipetik sesuka hati pada setiap pokok-pokok disitu secara percuma. 

Air Kelapa yang manis. 
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Badar Sdar  kerana sudi mengundang KRIM NS untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan terima ksih juga buat semua yang terlibat dalam program ini. Semoga ianya bermanfaat dan diberkati oleh Allah s.w.t. 

Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu.
*Video Montage Kem. Klik Disini.

Saturday, 28 January 2012

Program Smart Solat Tingkatan 1

Program Smart Solat Pelajar Tingkatan 1 2012




Selasa- 10 Januari 2012, BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan program Smart Solat bagi pelajar-pelajar tingkatan 1. Program ini bertujuan untuk melatih dan mengukuh ibadah solat serta memastikan ibadah solat yang dilakukan adalah dengan keadaan yang baik dan betul.  Program ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. AJK BADAR tingkatan 4 telah terlibat dalam mengendalikan program tersebut.

Dalam program Smart Solat, pelajar tingkatan 1 telah diajar bagaimana untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat dengan betul & sempurna. Dalam sepotong hadis telah menyatakan bahawa


 “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim)

Pelajar tingkatan 1 diajar untuk mengambil wudhuk dengan sempurna


Di Samping itu, pelajar-pelajar tingkatan 1 juga telah diajar cara solat secara 'Smart' dan betul dari segi fe'li & qauli. Pelajar tingkatan 1 juga telah ditasmi' bacaan-bacaan dalam solat seperti doa qunut dan bacaan tahiyat akhir.

AJK BADAR menunjukkan bagaiman untuk berdiri betul dan merapatkan saf
Sesi tasmi' bersama AJK BADAR


Semoga dengan adanya program Smart Solat yang telah dianjurkan oleh BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak dapat membina thinking capability (quwwatul tafkir) minda pelajar tingkatan 1 yang hebat.




Program Bicara Belia di Pusat Dakwah Paroi

'Cinta Tulus Jiwa Kudus'

Khamis – 26 Januari 2012, pihak Badar SDAR telah menyertai program Bicara Belia anjuran Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Program Bicara Belia telah disertai oleh para peserta dari kalangan warga pelajar sekolah , politeknik, kolej-kolej matrikulasi dan IPT tempatan.
Sambutan hangat di dalam program kali ini kerana menampilkan ikonis belia muslim iaitu Imam Hassan ( Imam Muda Astro Oasis). Turut menjadi panel semasa program ini ialah Ketua Unit Kaunseling MAINS En. Norazman.
Program Bicara Belia membicarakan isu-isu berkaitan dengan remaja, cabaran-cabaran sebagai remaja dan bagaimana menjadi remaja yang hebat.
Salah seorang AJK BADAR yang hadir ke program tersebut.

Friday, 25 November 2011

MAJAKAT (Majlis Jamuan Akhir Tahun) BADAR 2011





MAJAKAT (Majlis Jamuan Akhir Tahun) BADAR 2011 merupakan majlis jamuan akhir tahun bagi semua AJK BADAR 2011 dan Guru Penasihat BADAR. Jamuan ini telah berlangsung dengan jayanya pada 13 November 2011 bertempat di Lobby Dewan Tun Abdul Razak Seremban.

Suasana MAJAKAT BADAR sebelum tetamu sampai

Pentas yang menarik.
MAJAKAT BADAR dihadiri oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tn. Hj. Zakaria B. Md. Zin, Guru-guru penolong kanan, Guru-guru ketua bidang, Guru Penasihat BADAR & SEMUA AJK BADAR 2011-2012. Objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk 


    1.1              Sebagai tanda ucapan terima kasih dan menghargai jasa guru-guru BADAR.
          1.2              Mengeratkan lagi hubungan antara AJK BADAR dengan semua guru BADAR.
          1.3              Membuat pembaharuan dalam organisasi BADAR untuk mengadakan majlis makan malam 
                      pada setiap tahun.
Agenda dimulakan bacaan doa oleh Saudara Irfan B Ruzlan dan majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Guru Penasihat Badar 2012, Ust. Tajul Azhar B. Harun. Kemudian, Majlis Diteruskan dengan Ucapan Tn. Hj. Zakaria B. Md Zin dan Jamuan bermula.

Pengetua Cemerlang memberi ucapan.
Guru Penasihat Badar & Guru K. Bidang menjamu 'western food'. 
V.I.P. menjamu selera.

Sebelum majlis bersurai, penyampaian penghargaan kepada AJK BADAR tingkatan 5 2011 turut berlangsung sebagai kenang-kenangan daripada organisasi BADAR itu sendiri.

Salah Seorang AJK BADAR tingkatan 5 2011
Majlis Bersurai jam 10:00 malam dan dicepatkan kerana esoknya akan bermula peperiksaan SPM bagi pelajar tingakatan 5. Semoga dengan adanya majlis ini, ukhuwwah antara semua AJK BADAR dan Guru-guru BADAR dapat dieratkan lagi.