Monday 25 June 2012

Minggu Penghayatan Islam SDAR 2012


                   Minggu Penghayatan Islam Sekolah Dato' Abdul Razak, telah bermula pada hari ini iaitu 25 Jun 2012. Tema bagi minggu ini, "Al-Quran Menjana Transformasi Ummah" telah menjelaskan bahawa aktiviti pada minggu ini akan berteraskan Al-Quran yang akan membantu sebagai rujukan para pelajar. Objektif utama minggu ini diadakan adalah untuk membina bi'ah Islamiah di SDAR dan mengajar pelajar-pelajar SDAR untuk menghayati Islam melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

                   Majlis Perasmian telah diadakan pada pukul 8:00 pagi pada hari ini di dewan Sekolah Dato' Abdul Razak. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. hj. Sahak B Ahmadun, Pen. Kanan Sekolah yang telah menggantikan Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir.

                   Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Penghayatan Islam ialah Perang Botol, Pertandingan Khutbah, Pertandingan Video Lakonan, Laluan Al-Quran, Ta'lim Interblock & bermacam-macam lagi. Pertandingan tersebut telah menjanjikan hadiah yang lumayan.

                    Majlis Penutup Minggu Penghayatan Islam akan diadakan pada 29 Jun 2012 di Dewan Tun Abdul Razak pada pukul 8:30 malam. Jemputan Khas, Akhdan akan membuat persembahan semasas Minggu Pengahayatan Islam. Semoga  Minggu Penghayatan Islam Sekolah Dato' Abdul Razak dapat dijayakan dengan sempurna. Anda juga dijemput hadir bagi memeriahkan Minggu Penghayatan Islam SDAR 2012!





0 comments:

Post a Comment