BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Saturday 28 January 2012

Program Smart Solat Tingkatan 1

Program Smart Solat Pelajar Tingkatan 1 2012




Selasa- 10 Januari 2012, BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan program Smart Solat bagi pelajar-pelajar tingkatan 1. Program ini bertujuan untuk melatih dan mengukuh ibadah solat serta memastikan ibadah solat yang dilakukan adalah dengan keadaan yang baik dan betul.  Program ini dijalankan dalam bentuk kumpulan. AJK BADAR tingkatan 4 telah terlibat dalam mengendalikan program tersebut.

Dalam program Smart Solat, pelajar tingkatan 1 telah diajar bagaimana untuk mengambil wudhuk dan menunaikan solat dengan betul & sempurna. Dalam sepotong hadis telah menyatakan bahawa


 “Sesiapa yang berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya.” (Hadis Imam Muslim)

Pelajar tingkatan 1 diajar untuk mengambil wudhuk dengan sempurna


Di Samping itu, pelajar-pelajar tingkatan 1 juga telah diajar cara solat secara 'Smart' dan betul dari segi fe'li & qauli. Pelajar tingkatan 1 juga telah ditasmi' bacaan-bacaan dalam solat seperti doa qunut dan bacaan tahiyat akhir.

AJK BADAR menunjukkan bagaiman untuk berdiri betul dan merapatkan saf
Sesi tasmi' bersama AJK BADAR


Semoga dengan adanya program Smart Solat yang telah dianjurkan oleh BADAR Sekolah Dato’ Abdul Razak dapat membina thinking capability (quwwatul tafkir) minda pelajar tingkatan 1 yang hebat.




Selamat Datang Putera-Putera Tingkatan 1 2012

'Selamat Datang Ke Sekolah Dato' Abdul Razak'

04 Januari 2012 - Hari ini warga SDAR menerima ahli keluarga baharu apabila pelajar-pelajar Tingkatan 1 mendaftar pagi tadi. Ada ahli keluarga yang hadir seawal jam 7:00 pagi sedangkan kaunter pendaftaran kehadiran hanya mula dibuka pada jam 8:30 pagi. Senarai nama pelajar baharu yang diterima daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (SPSBPSK) adalah seramai 150 orang. Namun begitu bilangan pelajar yang mendaftar pada hari ini adalah seramai 125 orang. 

Salah seorang pelajar bersama penjaga baru tiba di sekolah.



Seterusnya, pendaftaran pelajar tingkatan 1 bermula. Kaunter dibuka sebanyak 5 bahagian bagi memastikan program pada hari ini berjalan lancar. Menjelang jam 2:00 petang, urusan pendaftaran dapat diselesaikan. Dan malamnya, bermula la Program Adaptasi Pelajar Tingkatan 1 sesi 2012.




Semoga dengan berjayanya kemasukan tingkatan 1 bagi sesi 2012, maka akan terbinalah sebuah generasi yang Islamik bagi mengekalkan iklim dini di SDAR pada masa akan datang.

Salah seorang penjaga sedang memilih baju yang sesuai.

Ibu Bapa dan Penjaga khusyuk mendengar taklimat di Dewan.

Program Bicara Belia di Pusat Dakwah Paroi

'Cinta Tulus Jiwa Kudus'

Khamis – 26 Januari 2012, pihak Badar SDAR telah menyertai program Bicara Belia anjuran Pusat Dakwah Islamiah Paroi. Program Bicara Belia telah disertai oleh para peserta dari kalangan warga pelajar sekolah , politeknik, kolej-kolej matrikulasi dan IPT tempatan.
Sambutan hangat di dalam program kali ini kerana menampilkan ikonis belia muslim iaitu Imam Hassan ( Imam Muda Astro Oasis). Turut menjadi panel semasa program ini ialah Ketua Unit Kaunseling MAINS En. Norazman.
Program Bicara Belia membicarakan isu-isu berkaitan dengan remaja, cabaran-cabaran sebagai remaja dan bagaimana menjadi remaja yang hebat.
Salah seorang AJK BADAR yang hadir ke program tersebut.

Saturday 7 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012.

Dengan ini pihak BADAR SDAR 2012 ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua umat islam. Semoga tahun 2012 dapat memberi semangat dan azam kepada semua umat Islam terumatanya kepada AJK BADAR bagu sesi 2012.