BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Thursday 15 March 2012

Presiden Badar Mengetuai Ikrar Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Tertinggi SDAR


Organisasi Tertinggi Sekolah Dato' Abdul Razak

1 Februari 2012,  Majlis Watikah Pelantikan Organisai Sekolah 2010 telah diadakan di Dewan Tun Razak. Antara organisasi tersebut ialah Badan dakwah dan Rohani ,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),  Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Tn. Pengetua Cemerlang di dalam ucapan beliau mengharapkan para pelajar yang memimpin organisasi sekolah agar dapat menjalankan amanah kepemimpinan dengan sebaik yang mungkin bagi melestarikan keterbilangan SDAR. Pemimpin berbeza dengan pengurus . Ini kerana pemimpin terlibat dalam proses mempengaruhi dan membuat keputusan keorganisasian. Beliau menggesa para pelajar meningkat kualiti kepemimpinan sebagai pemimpin.

Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Zakaria B Md Zin
Presiden Badar 2012, saudara Ilyas Afham B Abdul Razak
Majlis diakhiri bacaan ikrar watikah pelantikan oleh Sdr. Ilyas Afham B Abdul Razak Presiden BADAR Sdar 2012.
Kepimpinan itu satu amanah bukan satu kemuliaan…
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan yang kamu pimpin..”
( Hadis)

Presiden Badar Menyerahkan Ikrar Organisasi Tertinggi Sekolah.

Wednesday 14 March 2012

Semai Mesra BADAR Bersama Pelajar Tingkatan 1 2012

Pelajar Tingkaatan 1, Warisan 12'16

Pihak BADAR SDAR telah menjalankan program Semai Mesra Bersama Pelajar tingkatan 1 sepanjang aktiviti Minggu Adaptasi Tingkatan Satu 2011. Program ini menjurus kepada dua paksi besar iaitu :
  • Mewujudkan nilai taaruf dalam diri para pelajar melalui aktiviti secara kolektif.
  • Memantapkan personaliti sahsiah berpaksikan nilai-nilai hebat bersendikan agama.
Berasaskan kepada dua paksi tersebut, seluruh penggerak Badar menggabungkan tenaga, idea dan kemahiran bagi menjayakan aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan ialah, sesi ta'aruf intergroup, permainan buaya biawak dan cheer Islami.
Cheer Islamik


Pada Akhir Sesi ini, pelajar diberikan motivasi ruhiyah dengan mengingatkan para pelajar tingkatan satu akan peranan mereka menghargai dan membalas jasa ibu dan ayah dengan tekun dan semangat untuk menimba ilmu di kampus SDAR.

Kem Kepimpinan BADAR SDAR 2012

Kem Kepimpinan Badar 2012


D'Agroloka, Jelebu- 3 Februari 2012. Semua AJK BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah berjaya menjalani Kem Kepimpinan BADAR di D'Agroloka, Jelebu, Negeri Sembilan. Program anjuran BADAR SDAR dan KRIM NS yang bertemakan 'Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu' berjaya meningkat mentaliti dan fizikal Semua AJK BADAR sepanjang program ini dijalankan.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang semasa kem ini berjalan, antaranya Senaman Pagi, Forum Perkongsian, Jutawan Kapal Terbang, Water Confidence, Raft Building, River Crossing, 123 Lekuk, Night Walking Dan Malam Kesenian Islam. Aktiviti yang variasi tersebut dapat membina Jasmani dan Rohani dalam diri Semua AJK BADAR.

Para "Engineer" menerangkan kelebihan kapal terbang masing
masing.

Pada 5 Februari 2012, majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak, Tn. Haji Zakaria B Md Zin. Selepas itu, aktiviti memetik buah-buahan di D'Agroloka dilakukan oleh AJK BADAR. Buah seperti pulasan dan kelapa boleh dipetik sesuka hati pada setiap pokok-pokok disitu secara percuma. 

Air Kelapa yang manis. 
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Badar Sdar  kerana sudi mengundang KRIM NS untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jutaan terima ksih juga buat semua yang terlibat dalam program ini. Semoga ianya bermanfaat dan diberkati oleh Allah s.w.t. 

Perbaiki Dirimu, Pimpin Rakanmu.
*Video Montage Kem. Klik Disini.

Yakinkah kita pada jalan tarbiah.. ?

Salam buat para sahabat yang bergelar da'ie ilallah.

Saya teringat kisah Kaab bin Malik yang menolak tawaran kerajaan Ghassan ketika beliau dipulau oleh para sahabat r.a dan Nabi s.a.w sendiri akibat dari keengganannya menyahut seruan jihad. Ana ambil iniatif untuk bace balik kisah tu.

Hmm.. Mesej awal yang dapat saya selitkan hasil dari bacaan dan dokumentasi ikhwah ialah betapa kuatnya pegangan Kaab bin Malik r.a walaupun dipulau dan ditawarkan dengan kedudukan politik, lebih daripada material yang beliau ada pada ketika itu. Beliau yakin dengan jalan yang telah dilaluinya, dengan jalan yang para sahabatnya yang lain sedang lalui di depan matanya, dan of course jalan yang kekasih Allah telah bentangkan untuknya dan para sahabat yang lain.

Demikianlah sirah. Sirah yang perlu untuk kita hayati dan ambil pengajaran. Pengajaran yang penuh dengan hikmah dan mesej. Pengajaran yang menggambarkan betapa hebatnya tarbiyah Allah kepada para hamba-Nya. Dan juga ibrah yang menjelaskan efek tarbiyah Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Dan juga contoh mereka yang telah jatuh cinta pada jalan tarbiah. Jalan yang menjaminkan hasilnya.

Sememangnya, rutin harian kita tidak lari daripada kerja, kelas, kuliah, assignment, tutorial, experimen2x, serta tugas2x yang lain. Saya tak nafikan, menguruskan dan bekerja dalam mana2x organisasi dan bergabung dalam sebuah jemaah serta menjalani hidup sebagai seorang pelajar memang memenatkan. Takpelah biar penat, asalkan puas pabila mengetahui kita sudah beramal sebaik boleh. (tetapi jangan puas, sebab amal kita mana mungkin guarantee cukup)

Tetapi masalah yang timbul ialah apabila saya menemui seorang sahabat ni. Dia meluahkan perasaannya:

"Rais, aku rasa tak nak lagi la bende2x ni. Dakwah, tarbiyah sume ni. Aku just nk jadi orang baik je. Aku nak fokus pada study aku, buat family aku bangga, nanti bru aku leh start balek."

Saya pasti kisah2x seperti ini sudah tidak asing lagi bagi kita, dan untuk mereka yang baru tahu akan wujudnya fenomena sebegini, ada ye, ni based on real story.

"Aku tahu Rais, aku tahu batasannya. Kami..... insya-Allah... =) hehe. Walau apa pun aku akan 'support' ko."

Cinta. Sememangnya fitrah manusia. *Sigh* Orang yang kental hatinya sahaja dapat mengkongkong kemahuan nafsunya. Kecualilah kalau kita jatuh cinta pada jalan tarbiyah. Itu takpe.

Saudara, ingat, syahadah yang kita ucapkan tidak bererti apa2x jika tidak dibuktikan dengan lisan dan tindakan.

Jalan tarbiyah yang kita telusuri ini adalah jalan para nabi. Jelas dalam sirah Nabi s.a.w mementingkan kepada proses tarbiyah daripada penekanan kepada siasi apabila menolak tawaran daripada pembesar Quraisy untuk memegang tampuk pemerintahan. Dan hasilnya dapat kita lihat pada generasi - generasi yang seterusnya. Ingat tak ketika sebelum bermulanya perang Khandaq, pabila berita baik yang disampaikan Baginda bahawa kota Rom akan ditawan Islam suatu hari nanti.

***

Generasi demi generasi, cubaan demi cubaan, sehinggalah putera kepada Sultan Murad, Muhammad Al-Fateh menawan Kota Constantinople. Beliaulah apa yang disabdakan dalam hadis baginda :

Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.

(Al Hadis)
K, begitu maintainnya usaha para pahlawan Islam dahulu sehinggalah mereka mengecapi kejayaan. Mereka begitu yakin dengan sabda Rasulullah, dan sejarawan telah merekodkan pelbagai cubaan oleh tentera Islam untuk menawan kota tersebut.


Saudara, apa lagi yang diragui dengan jalan ni. Telah banyak manusia yang memainkan peranan sebagai da'ie ilallah. Membenarkan diri sebagai seorang da'ie dan berusaha dan tekad melakukan kerja2x dakwah adalah satu bentuk tarbiyah diri. Apatah lagi hidup di dalam bi'ah yang mempamerkan realiti ummat yang di jurang kehancuran. Insha-Allah, apabila sekali berjaya mujahadah, kali ke 2 dan seterusnya tidak sesusah sepertimana pada kali pertama. Yang penting, ketahuilah jihad kita pada waktu ini adalah jihad tarbiyah, berusaha membina para rijal di samping arus jahiliah yang melanda ummat. Ingat saudara, janji Allah itu pasti. Ganjaran buat mereka yang berdakwah dan berusaha mentarbiyah manusia2x ini amatlah besar. Saya selitkan beberapa ayat Quranul Karim sebagai renungan untuk kita:

"..dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa."
(Al-Hajj:40)

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."
(Muhammad:7)

Saudara, ada lagikah jalan yang lebih menjaminkan lagi? Ragu lagikah anda pada jalan tarbiyah?
Tanya pada diri, renung pada amal.
Adakah kita cukup bermanfaat kepada ummat dan agama.


Sesungguhnya tarbiyah dan dakwah ini tidak memerlukan kita untuk ia digerakkan, kerana walaupun kita tidak mahu sekalipun, masih akan ada manusia di seluruh pelosok dunia ini yang sudi menggerakkannya. Hakikatnya kita yang memerlukan tarbiyah. Wallahua'lam.

Diambil Dari Blog Ex-Badar SDAR- Rais Abdul Rahman