BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Friday, 14 March 2014

HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH”
(14 MAC 2014 / 12 JAMADILAWWAL 1435H)
   

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Segala pujian dan kesyukuran ini hendaknya kita semua merafa’kannya ke hadhrat Allah SWT. Di kesempatan kita berada dalam masjid yang penuh barakah, pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “HIKMAH DI SEBALIK UJIAN ALLAH”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Berdasarkan kepada fitrah kejadian manusia bahawa kehidupan di dunia merupakan satu ujian daripada Allah SWT kepada hambanya, ujian ini dalam pelbagai bentuk samada kesenangan, kebahagiaan, kesedihan, malapetaka yang menimpa diri sendiri, kaum keluarga, masyarakat ataupun negara. Sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 155 dan 156:

 Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh), dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (Iaitu) Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Sejarah menunjukkan bahawa Nabi Ayub AS adalah salah seorang nabi yang paling banyak menerima ujian dalam hidupnya. Baginda berhadapan dengan ujian kehilangan kesemua anak kesayangannya, kehabisan harta kekayaannya, menghidapi penyakit, kaum kerabat dan isterinya menjauhi Nabi Ayub AS. Namun, Nabi Ayub AS menghadapi segala ujian ini dengan penuh kesabaran dan berkeyakinan bahawa semua ketentuan Allah SWT ini mengandungi pelbagai hikmah di sebaliknya. 

Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT dan beriman dengan qada’dan qadar-Nya, kita mestilah yakin bahawa setiap ketentuan dan takdir Allah SWT itu ada hikmah di sebaliknya dan tidak berlaku sesuatu dengan sia-sia. Oleh itu, kita berkewajipan untuk menerima apa jua yang terjadi dalam persekitaran hidup kita dengan penuh kesabaran dan keimanan agar dengan cara ini ianya akan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa setiap ujian yang menimpa manusia mempunyai beberapa pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang beriman, maka ujian yang ditimpa merupakan satu iktibar dan merupakan satu peringatan dalam bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya, yang penting kita harus sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah SWT kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Negara kita, Tanahair yang kita cintai ini telah mengalami pelbagai situasi kesulitan seperti banjir yang melanda di sebelah Pantai Timur, Selatan dan Utara tanahair, wabak denggi, jerebu, kemarau panjang, debu/habuk gunung berapi yang meletup di negara lain dibawa angin sampai ke dalam negara ini dan lain-lain peristiwa yang memberi kesan kepada keamanan dan keharmonian hidup kita. Semua keadaan yang telah berlaku dalam negara ini satu persatu telah ditangani oleh pihak pemerintah dengan baik, penuh hikmah dan bijaksana. Terkini negara kita sedang menghadapi situasi kehilangan sebuah pesawat MH370. Justeru, semua pihak berkewajipan supaya bertenang dan tidak mengambil kesempatan dalam suasana ini untuk memanipulasi keadaan dengan menyebar berita-berita palsu samada melalui media massa, media cetak, internet dan sebagainya. Mimbar yang mulia ini ingin berpesan kepada umat Islam sekalian bahawa sebagai seorang Islam yang bertaqwa kepada Allah dan percaya kepada hari akhirat kita hendaklah menjaga akhlak dan adab-adab kita ketika berbicara untuk menjaga perasaan kaum keluarga mangsa. Sebaliknya marilah kita sama-sama bermuafakat untuk membantu menenangkan hati dan perasaan keluarga mangsa yang terlibat. Sebagai seorang muslim yang prihatin dan beriman dan kepada seluruh masjid dan surau dalam negara ini, marilah sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar segala kemelut ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. 

Mengambil kesempatan dalam khutbah hari ini, memandangkan kepada keadaan cuaca yang berjerebu, maka mimbar yang mulia ini menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mengambil peranan bagi memastikan keadaan berjerebu ini tidak berpanjangan dengan mengambil langkah-langkah berikut: Pertama: Mematuhi segala amaran dan nasihat pihak berwajib dalam menangani masalah jerebu, kedua: Mengurangkan aktiviti luar yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan, Ketiga: Mengawal pencemaran udara seperti melakukan pembakaran terbuka, penggunaan kenderaan bermotor dan sebagainya, Keempat: Memastikan kita meminum air bersih lebih banyak dari biasa dan kerap membersihkan diri, dan Kelima:Memakai alat perlindungan pernafasan apabila berada di luar rumah. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar segera menurunkan hujan dan dengan ini cuaca panas dan pencemaran udara akibat jerebu yang sedang melanda akan menjadi pulih seperti biasa. Sesungguhnya Allah SWT yang Maha Agung dan Maha Berkuasa mengubah segala-galanya.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita mengambil iktibar seperti berikut:
1. Yakinlah ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT pada hamba-Nya. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan”.(Hadis Riwayat Bukhari)
2. Yakinlah semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.
3. Sentiasa optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.
4. Menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa. Apa-apa pun perkara yang menimpa kita, InsyaAllah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa.

 

Monday, 23 December 2013

Keputusan Penilaian Menengah Rendah 2013: SDAR Pertama di Negeri Sembilan



Pihak Pusat Sumber Sekolah Dato' Abdul Razak mengucapkan jutaan tahniah kepada semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2013 yang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Terutamanya, jutaan apresiasi kepada kesemua pelajar tingkatan tiga Sekolah Dato' Abdul Razak yang telah mendapat GPS 1.03 dengan jumlah yang mendapat semua A dalam setiap matapelajaran sebanyak 121 daripada 142 orang. SDAR juga turut meletakkan SDAR sebagai sekolah terbaik di Negeri Sembilan bersama Kolej Tunku Kurshiah serta tempat kelapan dalam Sekolah- Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia. Berikut merupakan Analisa Matapelajaran Keputusan PMR SDAR 2013. TAHNIAH juga diucapkan kepada semua AJK BADAR tingkatan tiga yang telah berjaya mendapat 8A dalam PMR kali ini.

GrafMatapelajaranBil calonABCDELulusGagalGPK
Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%Bil%
GrafBAHASA MELAYU14214210000000000142100001
GrafBAHASA INGGERIS14213192.25107.0410.70000142100001.085
GrafPENDIDIKAN ISLAM14213595.0774.93000000142100001.049
GrafSEJARAH14213494.3785.63000000142100001.056
GrafMATEMATIK14214098.5921.41000000142100001.014
GrafSAINS14213595.0764.2310.70000142100001.056
GrafKEMAHIRAN HIDUP 414214210000000000142100001
GrafGEOGRAFI14214210000000000142100001


Berikut pula merupakan senarai pelajar yang mendapat 8A dalam PMR 2013.

BILNAMA MURID
1DANIAL FIRDAUS B. TAJUDIN
2HAIKEL ARAZI RIZAN B. JIMMI RIZAN
3IRFAN ANIQ B. ROZI AI
4MOHAMAD ADIB ZULHUSNI B. MOHAMAD
5MOHAMAD SHAHIRUL AIDIL AZIZI B. ANUAR
6MOHAMMAD KASYAF B. NAZRI
7MOHD FAZLY B. KOSNIN
8MOHD HAIZAL EIZRY B. MOHD DOLHAN
9MOHD NORSHAZWAN B. ROSLAN
10MUHAMAD SYAFIQ B. MUHAMAD NASIR
11MUHAMMAD AJWAD B. ABDUL HAMID
12MUHAMMAD ALIF ISKANDAR B. SHAHRIL
13MUHAMMAD DANIAL B. AZIZUL RAHMAN
14MUHAMMAD FARHAN B. JALIL
15MUHAMMAD FAREEZ NAZWAAD B. ISMAIL
16MUHAMMAD FUAD B. ISMANI
17MUHAMMAD HASIF B. RAZALE
18MUHAMMAD THAQIF AIMAN B. RADZWAN
19MUHAMMAD ZUL-HAZIM B. ZAMRI
20SOFI ZUHAIRI B. RIDZUAN
21WAN AHMAD SYAZANI B. WAN SAGAR
22ZUHAIR JEFFLEY
23AKALIL ANIQ B. ZULKIFLI
24AMIR SYARIEFUDDEN B. ZAINOL ABIDEN
25HAZEF IZMER B. MOHD FIEZOL
26LUQMAN B. ELIAS
27MOHAMAD IZWAN B MOHAMAD RAWAN
28MOHAMED IZZ NAJWAN B. MOHAMED ZAKI
29MOHAMMAD NUR FITRI B. MOHAMMAD NIZAMUDDIN
30MOHAMMAD HELMI B. AHMAD JANI
31MOHD IQBAL B. MOHAMAD
32MUHAMMAD AFIQ SYAZWAN B. MOHD SAPEAE
33MUHAMMAD AIMAN B. ABU HASSAN
34MUHAMMAD AIMAN SHAUKI B. ROZLAN
35MUHAMMAD ASYRAF B. ABD KADIR
36MUHAMMAD DANIAL B. SAFARRUDIN
37MUHAMMAD HAFIZ IRWAN B. MOHD IZAIDIN
38MUHAMMAD SHAMEEN AZEEQ B. SHAKRY
39MUHAMMAD SYABIL B. SUHAILI
40MUHAMMAD WAFIQ B. MOHD SHARIF
41MUHAMMAD ZAKIUDDIN B. ARIFIN
42MUHD AIDIL SHARMIN B. MOHAMAD
43SYAHIR B. SAHARI
44WAN AMIR SHAH B. WAN JOHAN
45WAN ARZII HUSSAINI B WAN MOHD ROZI
46AHMAD ADLI KHUARIZMI B. AHMAD
47AHMAD ASYRAF B. MOHD IBRAHIM
48AHMAD UZAIR B. ROSLAN
49AIMAN B. AHMAD KAMAL
50MUHAMAD FIRDAUS B. MUSTAFFA
51MUHAMMAD `AFIF AZFAR B. MOHD HAMIZI
52MUHAMMAD AMIRUDDIN B. AHMAD
53MUHAMMAD FAZRUL HAQQEM B. MOHD YUSSOF
54MUHAMAD HAIQAL B. MOHD NOR
55MUHAMMAD NABIL AIMAN B. ABD WAHID
56MUHAMMAD REHAZIQ IKMAL B. HAMDAN
57MUHAMMAD SYAFIQ IDRIS B. SHAHRIN
58MUHAMMAD SYAZWAN B. ADANAN
59SAMSUL AMIRUL B. SAMSUL BADRIN
60ADI INDRA ILI BIN HAMSUN
61AHMAD ANWAR `IZZUDDIN BIN AHMAD KASHFI
62AHMAD FAIS B. IBRAHIM
63KAMIL HAKIM B. AMINUDDIN
64MUADZ LUQMAN ADNAN
65MUHAMAD AIDIL HAFIF B. JALIL
66MUHAMAD ZAQUAN HAKIM B. MOHD SHAFIAN
67MUHAMMAD AIMAN ZAIM B. MUHAMMAD KHAFID
68MUHAMMAD AKMAL B. MUSTAPA KAMAL
69MUHAMMAD ASYRAF B. MD. YUNUS
70MUHAMMAD HAFIDZ B. ZULKAFFLI
71MUHAMMAD HARIZ AFIQ B. NOR AZIZI
72MUHAMMAD IMRAN ZAKWAN B. ABD RAZAK
73MUHAMMAD SAFWAN B. BAHARUDDIN
74MUHAMMAD SHAZWAN B. SHAMSOR
75OMAR FARHAN B. OMAR
76WAN MUHAMMAD NAQIB B. WAN ROSLAN
77AHMAD NADZLI BIN RIZAL
78AHMAD SHOUQI BIN ABD RAHMAN
79AIMAN ZULQADRI BIN MOHD ZUBER
80KHAIRUL IRFAN BIN KHAIRUL ANUAR
81MOHAMAD IDDEEN SHAH B. ISHAK
82MOHAMMAD NOOR AFIQRIE B. ROSITI
83MOHD MUKHRI B MOHD MAKHRAM
84MUHAMAD AFIQ B. ROSLY
85MUHAMAD ARIF HANIF B. MAZLAN
86MUHAMMAD ASYRAF B. KHAIRUL ANUAR
87MUHAMMAD RADHI B. ROMZI
88MUHAMMAD WAFIY B. MOHD MOKHTAR
89WAN MUHAMMAD IZZUDDIN B. WAN SHUIB
90ZULKEFLI B. MOHD SETH
91AMIR MURSHID B. MOHD NORSAH
92QAYRUL RIDHAUDDIN B RAHIM
93AFIQ FATHEER BIN AZLI
94IYAD ZAKIY BIN AMAL
95JAI ADI PUTRA BIN JAILANI
96KHAIRUL AMIRIN BIN JOHARI
97MOHAMAD ARIF BIN MOHD FADZLI
98MUHAMMAD ALIF HAKIM BIN MOHD FIKRI
99MUHAMMAD AMIERUL FARHAN BIN ABD RASHID
100MUHAMMAD `IHSAN IRSYAD BIN MOHD TAHIR
101MUHAMMAD AFANDI BIN MOHD SAAT
102AHMAD IZZUDDIN BIN ZAMBRI
103MUHAMMAD AZIMAN SYAZWAN BIN MOHD AZMI
104MUHAMMAD AZRI AMZAR BIN MUHAMMAD ZAMRI
105MUHAMMAD BAZLI BIN ALIAS
106MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD RAMDZI
107MUHAMMAD FAIZ AIMAN BIN MOHAMAD
108MUHAMMAD HAFIZ BIN HALMIZAM
109MUHAMMAD HAZIQ KHAIRI BIN MUHIDZIR
110MUHAMMAD HAZIQ BIN NAZARUDDIN
111MUHAMMAD IKHMAL IDHAM BIN ABDUL RAHMAN
112AHMAD KHAIRUL B. SHAHARIZAL
113SYED MUHAMMAD SHADIQ B. SYED JAMALUDIN
114MUHAMMAD AIMAN EIZLAN B. MAZLAN
115ABDULLAH KHALIL B PATRIA @ AHMAD PATRIA
116HAZIQ B ZABRIDIN
117SHAHRUL FIKHRI B AZRI
118MUHAMMAD ZIQRIE BIN MUSTAFFA
119AMIR DANIAL B HAMDAN
120MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ B MOHAMED PUHAD
121  SYAHIR MASYHOR BIN IDZHAM FIZAYAT

Saturday, 8 June 2013

ISRA' DAN MIKRAJ : 1001 MESEJ BUAT UMMAH


 Isra' membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis
Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.  


Peristiwa isra' dan mikraj merupakan sebuah peristiwa unik yang mencabar keimanan seseorang khususnya dalam kerja-kerja dakwah mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah. Dalam kitab sirah tulisan Ibnu Hisham mahupun Ibnu Ishak, antara lain kedua-duanya bersetuju bahawa peristiwa israk dan mikraj ini dilatari dan didahului dengan sekurang-kurangnya tiga peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.; iaitu :
  1. Kematian isteri baginda S.A.W. iaitu Saidatina Khadijah R.A. yang banyak membantu baginda dalam gerak kerja dakwah beliau.
  2. Selepas itu, baginda kehilangan bapa saudaranya pula, iaitu Abu Talib yang banyak membela kehidupan dunianya. Lebih menyayat hati lagi, bapa saudaranya mati dalam keadaan tidak sempat beriman kepada Allah S.W.T.
  3. Setelah itu, baginda berhijrah ke Ta'if. Namun, apa yang baginda hadapi disana tidaklah seindah yang diharapkan apabila dakwah baginda bukan sahaja ditolak, bahkan tubuh baginda S.A.W. turut dilukai dan disakiti.
Peristiwa Isra' dan mikraj berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah.
Anugerah daripada Allah yang berupa pengembaraan Israk dan mikraj ini bertujuan antara lainnya sebagai pengubat rohani dan emosi serta meringankan bebanan akibat tekanan yang dihadapi oleh Baginda s.a.w. Kalau di bumi Baginda s.a.w dengan misi dakwah menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan hari akhirat dilayan dengan penghinaan dan cacian, berlainan pula sambutan yang diberi oleh para rasul terdahulu bahkan para malaikat di alam langit yang menyambut kedatangan Baginda s.a.w dengan penuh mesra, penuh penghormatan dan kemuliaan. 
Peristiwa agong ini berlaku dalam dua fasal pengembaraan, yang pertama pengembaraan dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa. Suatu perjalanan darat yang sangat jauh jika diukur secara hitungan jarak perjalanan. Pengembaraan yang melepasi lembah dan gunung Tursina (senai) tempat berlakunya dialog antara nabi musa as dengan Allah SWT serta tempat kelahiran nabi Isa a.s di Baitulaham. Manakala fasa kedua pula bermula dari Masjid al-Aqsa ke langit melalui langit pertama, kedua, ketiga dan seterusnya ke baitul makmur tempat para malaikat dan berakhir di sidratul muntaha.

 Ketika di Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) Baginda s.a.w disambut oleh semua para Rasul dan Nabi yang terdahulu dimana Baginda telah dilantik untuk menjadi imam solat. Ini merupakan suatu simbolik penyerahan kuasa dunia kepada kepimpinan Muhammad s.a.w, perpindahan risalah dari kaum Bani Israil kepada Bani Ismail atau ummat Muhammad s.a.w dan perpindahan kiblah dari kota Baitul Madis ke Baitullah di Makkah. Kembara Mikraj seterusnya Baginda dibawa ke
alam barzakh dimana Baginda dapat menyaksikan berbagai peristiwa di padang Mahsyar hingga ke distinasi terakhir manusia iaitu menerima balasan dari Allah samada menjadi ahli syurga mahupun ahli neraka. 
Tentunya kepayahan Baginda s.a.w untuk meyakinkan pengikutnya tentang iman kepada Allah dan hari akhirat terubat dengan melihat peristiwa alam ghaib ini. Perkara yang hanya dapat didengar dari ayat-ayat Allah semasa didunia, tetapi ia suatu yang nyata kebenarannya di hari pembalasan. Semuanya di lihat dengan “ainul yaqin” oleh Rasulullah untuk dikhabarkan kepada ummatnya. Kembara Mikraj berakhir dengan penuh hikmah dan barakah menuju kesempurnaan “karamatul Insaniah” apabila Allah SWT menganugerahkan solat 5 waktu sebagai kurniaan kepada Baginda s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh ummatnya.
Sesungguhnya peristiwa israk dan Mikraj memberitahu kita pelbagai bentuk pendidikan dan pengajaran berharga, antaranya;
  1. Pengakuan beriman kepada Allah dan hari akhirat perlu dicapai oleh setiap orang hingga ketahap keyakinan yang tinggi dengan merujuk kepada ayat al-Quran dan Hadis yang muktabar. Iman bukan diperolehi dengan angan-angan, bukan suatu ilusi dan khayalan, tetapi kebenaran yang hanya dapat di garap dengan ilmu, amal dan kesabaran.
  2. Mengajak manusia kejalan Allah seperti yang ditunjukkan oleh Baginda s.a.w dengan penuh kesabaran dan istiqamah mempunyai nilai yang sangat tinggi disisi Allah SWT.
  3. Solat 5 waktu adalah anugerah dari Allah dan merupakan suatu penghormatan kepada Rasulullah untuk disampaikan kepada umatnya. Menunaikan solat 5 waktu adalah merupakan suatu kejayaan dalam kehidupan didunia dan mendapat ganjaran yang baik dihari akhirat. Pelaksanannya perlu bergantung kepada kekuatan iman dan keyakinan kepada Allah dan Hari pembalasan seperti yang ditentukan oleh Allah SWT.
 Fikir-fikirkanlah dan selamat beramal......Wallahu'alam

Wednesday, 6 March 2013

MISI 'SATU IMAM SATU TAKBIR & SATU SALAM'

MISI '1 IMAM, 1 TAKBIR & 1 SALAM'
7 Mac 2013- Misi '1 Imam, 1 Takbir & 1 Salam' merupakan cetusan idea Pengetua Cemerlang Sekolah Dato' Abdul Razak yang telah dikemukan pada tahun 2011. Pada tahun ini, sekali lagi Badan Agama Dakwah, Akhlak & Rohani Sekolah Dato' Abdul Razak ingin mencuba buat kali kedua, bagi menjayakan misi beliau. Misi ini merupakan satu misi dimana, Solat Fardhu Subuh & Maghrib akan dilakukan secara berjemaah oleh semua pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak, dimulakan dengan 1 Takbir & diakhiri dengan 1 Salam. Misi ini berobjektif untuk mendidikan pelajar-pelajar untuk solat fardhu secara berjemaah di Masjid Al-Quds, Sekolah Dato' Abdul Razak. Misi ini juga berfokuskan pada satu hari iaitu pada Hari Isnin bagi solat Subuh & Hari Khamis bagi solat Maghrib.


Antara Kelebihan-kelebihan solat berjemaah ialah:


Kredit: http://helwani.ppiuniten.com




Semoga misi ini berjaya dilaksanakan dan diteruskan sehingga generasi yang seterusnya.




Friday, 1 March 2013

Abang Juga Hendak Pergi


‘Abang juga hendak pergi?’ perlahan, soal si isteri.
‘Ya, abang juga mahu pergi. Doakan semuanya selamat,’ tenang dan bersahaja jawab si suami.
Paluan gendang bertalu-talu, semboyan sahut-menyahut, kuda berlari-lari, puluhan malah ratusan sateria dan pendekar keluar dari seluruh pelusuk kota pergi ke medan pertempuran.
Mungkin ini dialognya. Mungkin ini suasananya. 
Namun, keluar daripada kumungkinan-kemungkinan ini, ada satu kepastian. Ini kisah tentang Hanzalah. Berada dalam satu taifah yang sebaik-baik taifah.
Sepanjang pengkajian dan pembacaan, hanya ini sahaja kisah tentang Hanzalah. Jika sesiapa memiliki kisah-kisah lain, mohon dikongsikan. Tiada masalah.
Pasti ramai sudah mengetahui kisah epik lelaki yang pergi ke medan perang ini. Mungkin juga akan ada yang mengatakan, ia terlalu klise. Kerana sudah terlalu biasa barangkali. Manakan tidak, jika sejak daripada kecil sudah disajikan kisah si Hanzalah. Berulang, dan berulang, dan terus berulang. Lalu pudar keindahan dan serinya. Bahaya penyakit ini, seakan-akan kita sendiri memadamkan cahaya penyelamat daripada Ilahi. Rawat semoleknya.
Tentang Hanzalah, secara ringkas, dia bangkit daripada tidur seusai malam pertama, mendengar paluan jihad, lalu bergegas menuju ke medan pertempuran, dan langsung dijemput Allah kembali menghadapNya. Dia gugur, umpama luruhnya daun-daun pokok di Hyde Park apabila sampai musim. Bukan luruh yang sumbing, namun sebagai syahadah kepada keteguhan janji buat Penciptanya, Allah yang Maha Esa.
Mengapakah sehingga kini, kisah Hanzalah masih menjadi sebutan? Sedangkan, dia hidup, tidak lama, dan kisah tentangnya, juga tidak banyak.
Ramai lagi manusia dalam dunia ini, namun mengapa tidak semua kita ketahui kisahnya? Mungkin kerana terlalu ramai manusia dengan populasi yang kian meningkat, menyebabkan memang tidak wajar untuk setiap hikayat sampai kepada kita.
Bukan itu noktahnya. Maaf.
Peninggalan besar Hanzalah buat kita adalah tentang satu prinsip yang dia lakukan. Prinsip yang menjadi bukti akan ketundukan nafsu kepada diri sendiri. Roh iman yang mengalir dalam pembuluh darahnya menafikan diri untuk duduk bersahaja. Roh iman ini yang menolaknya untuk bergegas dan berkorban ke gelanggang pertempuran. Ya, roh iman tersebut.
Roh iman yang sama menyebabkan Mashitah terjun ke dalam unggun api. Roh iman yang sama menyebabkan pemuda-pemuda tanpa nama tersebut menyorok di dalam gua daripada raja yang berbeza akidahnya. Roh iman yang sama juga menyebabkan anak-anak Gaza masih berdiri berhadapan soldadu Yahudi.
Ketinggian roh iman hasil daripada adunan pekatnya kefahaman akan rupa paras Islam, ditambah dengan hakikat bersih dan putih kesufian yang mengangkat jiwa melayang tinggi dan bebas daripada penjara duniawi, dalam laluan sunnah sejati, dan dipacu gagah dengan gema seruan dakwah yang cukup turun ke bumi. Ini yang menyebabkan Hanzalah bingkas bangun bergegas menyahut seruan.
Terus, persoalan bermain di minda. Bertanya kepada diri sendiri, masih adakah Hanzalah dalam abad ini?
Manusia dengan roh iman sebegini yang dicari. Sama ada sebagai anggota kepada sebuah Negara, ibu atau bapa kepada sebuah keluarga, atau sebagai pemimpin kepada sebuah nusa yang berdaulat dan tercinta.
Benar, Hanzalah mungkin sudah beradab lamanya pergi, namun ketinggian roh iman tidak pernah mati. Prinsip ini akan terus diwarisi kerana taifah yang menjunjung tinggi syariat Ilahi, tidak pernah hapus dari muka bumi ini. Tidak akan ada sesuatu yang mampu melukakan mereka melainkan apa yang telah ditentukan Tuhannya.
Manusia sebegini yang dicari atau boleh juga dikatakan demikian kita ini harus jadi. Sama ada sebagai seorang anggota masyarakat biasa atau pemimpin yang terulung, perlu sarat dengan roh iman beserta nilai-nilainya. Memiliki kewarasan Islam yang utuh malahan ampuh. Golongan sebegini yang tidak akan memperjudikan masa hadapan agama sendiri 
[ baca : Islam ].
Legasi itu, bukan dibina dan diisi oleh tangan-tangan kosong. Manusia semekar Hanzalah amat didambakan. Juga manusia yang semekar suri Hanzalah. Merelakan suami pergi mengotakan janji kepada Ilahi.
Semoga legasi Islam terus wujud dan dikekalkan kewujudannya dengan manusia umpama Hanzalah, sebelum, semasa, dan selepas PRU-13 nanti.
 ( Artikel ini diambil daripada blog ex-badar sdar, AD SATIMAN (timbalan presiden BADAR 2008))

Wednesday, 27 February 2013

PENGISIAN ISLAMIAH PELAJAR TINGKATAN 1 BERSAMA BADAR TINGKATAN 5

Pelajar Tingkatan 1 2013
7 Februari 2013- Pelajar tingkatan 1 2013, Meranti 13'17 telah mengadakan satu program bersama-sama AJK Badar tingkatan 5. Objektif utama pengisian ini diadakan adalah untuk membuat sesi ta'aruf di antara pelajar-pelajar tingkatan 1 bersama AJK Badar tingkatan 5 dan sebagai pengisian rohani sebelum mereka pulang bercuti. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi Ta'aruf.

AJK Badar Tingkatan 5
Selain itu, aktiviti Ice-Breaking & Permainan Virus juga turut dipermainkan untuk memupuk semangat bekerjasama diantara pelajar-pelajar tingkatan 1.


Pelajar Tingkatan 1 berusaha untuk memenangi permainan tersebut
 
Sejurus selepas itu, kami mengadakan sesi motivasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, bagi mengingatkan mengenai pengorbanan keluarga terhadap mereka. Mereka juga diingatkan untuk membalas jasa mereka apabila mereka dewasa kelak. 
-Lujnah Kaderisasi