Thursday 31 May 2018

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Tadarus Al-Quran yang diadakan mengikut tingkatan
Sepanjang bulan Ramadhan 2018,banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh BADAR SDAR.Antaranya ialah bacaan Al-Quran secara tadarus,kuiz Ramadhan,Iftar Perdana(Ikhlas 6)
dan Majlis Ihya' Ramadhan.

          Para pelajar telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi terhadap aktiviti yang dijalankan.Mereka mendapat banyak manfaat daripada aktiviti-aktiviti tersebut.

          "Saya berasa bersyukur kerana aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh BADAR SDAR dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam ini telah membuka hati saya untuk beribadah setiap hari.",kata Adam,pelajar tingkatan dua.

             "Semoga perkara-perkara begini dapat dijalankan pada setiap kali bulan Ramadhan.Hal ini demikian kerana,banyak perkara positif yang telah diperolehi oleh warga SDAR terutamanya para pelajar.",kata Ustaz Ali,guru Bahasa Arab.


Para pelajar yang bergotong-royong sebagai salah satu persiapan untuk majlis iftar perdana(Ikhlas 6)

Brosur yang digunakan sewaktu majlis Ihya' Ramadhan 1439H


0 comments:

Post a Comment