BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Thursday 31 May 2018

AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Tadarus Al-Quran yang diadakan mengikut tingkatan
Sepanjang bulan Ramadhan 2018,banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh BADAR SDAR.Antaranya ialah bacaan Al-Quran secara tadarus,kuiz Ramadhan,Iftar Perdana(Ikhlas 6)
dan Majlis Ihya' Ramadhan.

          Para pelajar telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bahagi terhadap aktiviti yang dijalankan.Mereka mendapat banyak manfaat daripada aktiviti-aktiviti tersebut.

          "Saya berasa bersyukur kerana aktiviti kerohanian yang dianjurkan oleh BADAR SDAR dengan kerjasama Panitia Pendidikan Agama Islam ini telah membuka hati saya untuk beribadah setiap hari.",kata Adam,pelajar tingkatan dua.

             "Semoga perkara-perkara begini dapat dijalankan pada setiap kali bulan Ramadhan.Hal ini demikian kerana,banyak perkara positif yang telah diperolehi oleh warga SDAR terutamanya para pelajar.",kata Ustaz Ali,guru Bahasa Arab.


Para pelajar yang bergotong-royong sebagai salah satu persiapan untuk majlis iftar perdana(Ikhlas 6)

Brosur yang digunakan sewaktu majlis Ihya' Ramadhan 1439H


KOLABORATIF BADAR SDAR-KUSESS-IGOP-SABDA 2018

Gambar kenangan diantara ahli BADAR yang telah terlibat dalam program ini. 



Pada 3 - 5 Mei 2018 yang lalu,suatu program kolaboratif BADAR diadakan antara SDAR,KUSESS,IGOP dan SABDA di Kem D'Lereng,Perak.BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak telah menghantar seramai 10 orang wakil bersama dengan seorang guru pengiring. 
         
           "Alhamdulillah,banyak ilmu dan perkara baru yang telah kami pelajari dan boleh diaplikasikan dalam pengurusan BADAR di sekolah.",kata Hakim,setiausaha BADAR SDAR.
          "Kami akan melaksanakan perkara-perkara yang telah dipelajari oleh kami di sini secepat yang mungkin apabila kami pulang dari sekolah nanti.",kata Aiman Safwan,Bendahari Kehormat BADAR SDAR.