BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Wednesday 27 February 2013

PENGISIAN ISLAMIAH PELAJAR TINGKATAN 1 BERSAMA BADAR TINGKATAN 5

Pelajar Tingkatan 1 2013
7 Februari 2013- Pelajar tingkatan 1 2013, Meranti 13'17 telah mengadakan satu program bersama-sama AJK Badar tingkatan 5. Objektif utama pengisian ini diadakan adalah untuk membuat sesi ta'aruf di antara pelajar-pelajar tingkatan 1 bersama AJK Badar tingkatan 5 dan sebagai pengisian rohani sebelum mereka pulang bercuti. Antara aktiviti yang dilakukan ialah sesi Ta'aruf.

AJK Badar Tingkatan 5
Selain itu, aktiviti Ice-Breaking & Permainan Virus juga turut dipermainkan untuk memupuk semangat bekerjasama diantara pelajar-pelajar tingkatan 1.


Pelajar Tingkatan 1 berusaha untuk memenangi permainan tersebut
 
Sejurus selepas itu, kami mengadakan sesi motivasi bagi pelajar-pelajar tingkatan 1, bagi mengingatkan mengenai pengorbanan keluarga terhadap mereka. Mereka juga diingatkan untuk membalas jasa mereka apabila mereka dewasa kelak. 
-Lujnah Kaderisasi

Tuesday 12 February 2013

Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Sekolah 2013

Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Sekolah
1 Februari 2013,  Majlis Watikah Pelantikan Organisai Sekolah 2013 telah diadakan di Dewan Tun Razak. Antara organisasi tersebut ialah Badan dakwah dan Rohani ,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),  Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Barisan Kepimpinan Organisasi Sekolah 2013

Tn. Pengetua Cemerlang di dalam ucapan beliau mengharapkan para pelajar yang memimpin organisasi sekolah agar dapat menjalankan amanah kepemimpinan dengan sebaik yang mungkin bagi melestarikan keterbilangan SDAR. Pemimpin berbeza dengan pengurus. Ini kerana pemimpin terlibat dalam proses mempengaruhi dan membuat keputusan keorganisasian. Beliau menggesa para pelajar meningkat kualiti kepemimpinan sebagai pemimpin.

Majlis diakhiri bacaan ikrar watikah pelantikan oleh Sdr. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Akbal, Presiden BADAR Sdar 2013.
Presiden Badar mengetuai bacaan ikrar
 

KEM KEPEMIMPINAN BADAR 2013

Kem Kepemimpinan BADAR 2013
 Dalam keseronokan para pelajar SDAR pulang ke kampung halaman dek cuti Thaipusam, kesemua ahli jawatankuasa BADAR SDAR telah mengenetepikan perasaan, melawan hasrat hati dan mengorbankan cuti seraya mengikuti Kem Kepemimpinan BADAR 2013. Kem ini telah diadakan pada 25-27 Januari 2013 di Kem Nur Bukit Unggul, Dengkil, Selangor Darul Ehsan. Buat pertama kalinya, BADAR SDAR telah berjaya menyatukan tiga buah sekolah untuk turut serta dalam kem pada kali ini.Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Dato' Abdul Razak (penganjur), Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah.

Peserta terdiri dari 3 buah sekolah, Sekolah Dato' Abdul Razak, Sekolah Menengah Agama Perseketuan Labu & SMKA Kuala Pilah
 Tema kem pada kali ini ialah "Kun Sabbaqan" iaitu jadilah orang yang proaktif. Pada malam 25 Januari 2013, kem ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Dato' Abdul Razak, Tuan Hj. Zakaria Bin. Md Zin. Di dalam ucapan perasmian, beliau berharap organisasi BADAR akan terus maju dengan aktiviti-aktiviti kerohanian di Sekolah Dato' Abdul Razak bagi mencapai misi dan hasrat sekolah pada tahun ini. Beliau juga mencabar aktivitis BADAR Sekolah Dato' Abdul Razak untuk menghidupkan suasana dan biah islamiah di sekolah lebih baik dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu. 

Ucapan Perasmian Pengetua Sekolah Dato' Abdul Razak
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kem terdiri daripada 80% aktiviti outdoor dan 20% aktiviti indoor. Antaranya ialah flying fox, obstacles, war game dan lain-lain lagi.

Majlis Penutup

Pengisian Rohani

Permainan 'Anak Ayam'

Permainan 'Abang Hafiz Kata'

Aktiviti Flying Fox

Panji-panji setiap kumpulan dikibarkan

Kemudahan & Frasarana yang baik

Senaman Pagi
Keseluruhannya, kem pada kali ini menerima komen-komen yang positif daripada peserta dari ketiga-tiga buah sekolah. Semoga pengajaran yang telah diambil daripada Kem Kepemimpinan ini mampu dibawa ke sekolah masing-masing untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.

*Gambar juga boleh dilihat di sini.
*Video Kem Kepemimpinan BADAR boleh dilihat di sini.