BADAR SDAR

BADAN AGAMA DAKWAH, AKHLAK DAN ROHANI SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK, SEREMBAN.

Kem Kepimpinan BADAR

Kem Kepimpinan BADAR SDAR bersama BADAR SMAP Labu dan BADAR SMKA Kuala Pilah di Dengkil, Selangor yang bertemakan Qun Sabbaqon

Pengisian Islamiah Pelajar Tingkatan 1

Program diantara pelajar tingkatan 1 2013, bersama AJK BADAR tingkatan 5 di dalam program Pengisian Islamiah.

Taubatlah

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Demi Masa

Rasulullah SAW telah bersabda: “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu KESIHATAN dan WAKTU LAPANG” (H.R. Bukhari)

Saturday 21 July 2012

ramadhan oh ramadhan..


Wow!!! Ramadhan dah tiba. Alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah S.W.T. memberi kita peluang dan kesempatan untuk kita mengunjungi akademi Ramadhan pada tahun ini yang sememangnya merupakan sebuah platform yang amat sesuai untuk kita beribadah serta meningkatkan keimanan serta ketakwaan diri kita kepada Allah S.W.T.

Sebenarnya , Bulan Ramadhan ini merupakan satu bulan yang sangat indah dan berlainan berbanding bulan-bulan yang lain .Ayuh sama - sama kita lihat sebuah analogi yang menggambarkan betapa hebatnya Bulan Ramadhan ini.
Situasi pertama
Seorang nelayan sedang berhempas pulas menangkap ikan ditengah laut. Dia harus menggunakan segala kekuatan yang dimilikinya untuk mendapat ikan dek kerana pukulan ombak yang membuatkan perahunya terhuyung hayang .Tambahan pula, nelayan tersebut harus sentiasa berwaspada akan keselamatan dirinya kerana terdapat lanun-lanun yang mungkin akan mengganggu dirinya.
Situasi kedua
Seorang nelayan sedang menangkap ikan di tengah kolam yang tenang dan landai serta sarat dengan ikan . Dengan mudahnya dia menebarkan jalanya dan berpuluh-puluh ikan berjaya ditangkapnya .Hanya ombak-ombak kecil dek tiupan angin sahaja yang menggangu sedikit kerjanya.

Situasi di atas jelas menggambarkan betapa bezanya bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain .
      Pukulan ombak itu menggambarkan nafsu dalam diri kita. Di dalam diri setiap insan terdapat nafsu yang mendorong kita untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik .Nafsu ini tidaklah hilang sepenuhnya di dalam bulan Ramadhan ,tetapi ia dapat dijinakkan dengan amalan puasa yang menjadi kewajipan setiap umat Islam pada bulan Ramadhan.


2)      Lanun itu pula menggambarkan syaitan yang diikat apabila tibanya bulan Ramadhan.

"Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, tersangkallah alasan-alasan manja yang selalu kita ajukan untuk tidak beribadah. Nafsu dah kurang, syaitan dah kena rantai. Apa lagi yang kita mahukan ?? Sudah cukup banyak kelebihan dan keistimewaan yang Allah berikan kepada kita dalam bulan Ramadhan. Jadi ,marilah kita sama - sama memanfaatkan dan dan meraikan kehadiran bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan memperbaik amalan-amalan fardhu .
Akhirul kalam ,wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.