Thursday 15 March 2012

Presiden Badar Mengetuai Ikrar Majlis Watikah Pelantikan Organisasi Tertinggi SDAR


Organisasi Tertinggi Sekolah Dato' Abdul Razak

1 Februari 2012,  Majlis Watikah Pelantikan Organisai Sekolah 2010 telah diadakan di Dewan Tun Razak. Antara organisasi tersebut ialah Badan dakwah dan Rohani ,Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),  Pusat Sumber Sekolah, Briged Bestari, ahli Lembaga Koperasi, Ketua-ketua kelas dan Jawatankuasa Tertinggi Sistem Rumah. Para penerima watikah telah mengangkat ikrar sebagai simbolik bagi melakasanakan tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah.

Tn. Pengetua Cemerlang di dalam ucapan beliau mengharapkan para pelajar yang memimpin organisasi sekolah agar dapat menjalankan amanah kepemimpinan dengan sebaik yang mungkin bagi melestarikan keterbilangan SDAR. Pemimpin berbeza dengan pengurus . Ini kerana pemimpin terlibat dalam proses mempengaruhi dan membuat keputusan keorganisasian. Beliau menggesa para pelajar meningkat kualiti kepemimpinan sebagai pemimpin.

Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Zakaria B Md Zin
Presiden Badar 2012, saudara Ilyas Afham B Abdul Razak
Majlis diakhiri bacaan ikrar watikah pelantikan oleh Sdr. Ilyas Afham B Abdul Razak Presiden BADAR Sdar 2012.
Kepimpinan itu satu amanah bukan satu kemuliaan…
“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan yang kamu pimpin..”
( Hadis)

Presiden Badar Menyerahkan Ikrar Organisasi Tertinggi Sekolah.

1 comments:

tahniah buat badar. moga terus menjadi yang pertama tampil ke hadapan sebagai pemimpin. pada masa yang sama terus tetap pada dakwah dan tarbiyah. doaku bersama kalian.

Post a Comment